Anatomi Asas Sebilah Keris

Keris ditempa berdasarkan kepandaian seseorang empu. Setiap keris yang dihasilkan pula mempunyai bentuk yang berbeza menandakan asal-usul empunya mahupun di mana keris itu ditempa atau dipakai. Namun, ciri² asas serta anatomi sesebuah keris hampir sama walau berbeza jenisnya.

 

Anatomi Asas Sebilah Keris

Berikut adalah gambaran keris dalam keadaan bersarung. Sarung keris juga terkadang disebut sebagai 'pakaian' keris yang terbahagi kepada:

  • Hulu
  • Pendokok
  • Sampir
  • Batang Serunai
  • Tapak/Kasut/Buntut


gambaran keris

Hulu Keris

Hulu keris diperbuat dari bahan yang pelbagai bergantung pada kegunaannya. Keris tempur biasanya berhulu kayu dan keris kebesaran dibuat dari bahan yang lebih mewah semisal Gading, Gigi Paus, Tulang atau logam berharga seperti emas dan perak.

Selain daripada bahan pembuatannya, hulu keris berbeza bentuk dan ukirannya berdasarkan kegunaannya juga. Keris berhulu Tajong misalnya, lebih menunjukkan status kebesaran pemakainya dan tidak sesuai dibawa bertarung.

Setiap hulu keris diukir dengan mengambil ilham daripada sifat atau bentuk haiwan atau objek tertentu. Antaranya hulu Pekaka, Tapak Kuda, Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam /Dewa Sejuk dsb.

Pendokok

Pendokok pula selain daripada bertindak sebagai perhiasan, ia juga berfungsi untuk melindungi genggaman tangan pekeris agar tidak terlorot dan menempuh bilah keris yang boleh mencederakan pekeris tersebut.

Sampir

Bahagian sampir, berbentuk seakan-akan perahu, juga berbeza mengikut tempat. Keris dalam gambar di atas misalnya, merupakan keris Malela-Bugis yang mempunyai sampir yang mirip dengan kebanyakan keris Melayu lain, berbeza pula dengan sampir keris 'ladrang' Jawa.

Sampir keris ini juga boleh bertindak sebagai senjata. Ia digunakan sebagai penyangga yang diacukan pada leher musuh, bagi menghalang pergerakannya sebelum ditikam dengan bilah keris.

Batang Serunai

Batang serunai dan sampir ada yang dibuat secara berasingan kemudian dicantumkan, dan ada juga yang dihasilkan secara bersamaan tanpa terpisah dari sampir, semuanya terserah kepada kepandaian seseorang empu keris mahupun pandai kayu yang menghasilkan pakaian keris.

Tapak/Kasut/Buntut

Bahagian tapak, kasut atau buntut keris pula ada yang rata dan ada juga yang bersifat membulat, juga bergantung kepada asal-usul tempat ia dihasilkan.

Anatomi Bilah Keris

Berikut pula anatomi bahagian bilah keris. Bagi keris 'Malela' ini, ciri paling ketara ialah wujudnya alur dan lurah pada bilah yang dikatakan menambah tekanan udara ketika tikaman, sekaligus memastikah darah terpancut lebih banyak dan lebih mematikan. 

 

Anatomi Bilah Keris


Perincian Bilah Keris

Berikut pula sedikit perincian pada bahagian bilah, terutama di bahagian Akut yang terdapat kerencaman jenisnya. Akut jenis ini disebut sebagai 'Akut Belalai Gajah' 

 

Perincian Bilah Keris


Kebanyakan bilah keris mempunyai corak yang terhasil akibat proses 'lipatan' bahan logam yang ketika keris ditempa, disebut sebagai 'pamor'. 


Kadangkala pamor terhasil ketika proses sepuhan dan ada juga keris yang tidak berpamor. Dan pamor juga terdapat perlbagai jenis.

Bahagian bilah keris, jika dilihat daripada sudut atas bahagian puting, ia berbentuk seakan-akan cicak, yang menjadi sebab mengapa ia dipanggil sebagai 'cicak'. 

 



Demikianlah secara ringkas betapa terperinci dan halusnya kesenian dalam penghasilan keris, sehinggakan setiap sisi keris mempunyai ciri, bentuk dan nama yang khusus yang membezakan identitinya. Terima kasih kerana sudi membaca dan mohon jasa baik mengulang ciap tulisan ini.

Ulangsiar dari Mohammad Faeez Harith


Posted by
AceCanBeSeven

More

Jangan Kongsi Kad Vaksin Covid-19 Anda di Media Sosial

Amaran kepada penerima Vaksin Covid-19 di Malaysia. Jangan Kongsi Kad Vaksin Covid-19 Anda di Media Sosial. Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setiap individu akan menerima Kad Vaksin Covid-19 setelah menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu. 

Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan Kad Vaksin Covid-19 yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan. Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari.

Jangan Kongsi Kad Vaksin Covid-19 Anda di Media Sosial

Jika melihat budaya warganet di Malaysia. Pasti golongan menerima vaksin menyiarkan gambar kad vaksin mereka ke media sosial. Setelah sekian lama menunggu, mereka pasti tidak sabar untuk menunjuk-nunjuk dan meraikan demi mendapat perhatian berkongsi  Maka ingin saya nasihatkan kepada orang ramai agar tidak berkongsi gambar post kad vaksin mereka dalam talian, kerana ia akan membawa kepada peningkatan kecurian identiti dan pemalsuan kad vaksin.

Kad-kad tersebut mengandungi maklumat peribadi, termasuk nama lengkap, hari lahir, tarikh vaksinasi serta gambar. Semuanya boleh digunakan oleh penipu untuk membuat Kad Vaksin Covid-19 palsu.

Penipu juga boleh menggunakan maklumat ini untuk membuka kad kredit atas nama anda. Oleh kerana mereka sudah mempunyai nama dan tarikh lahir anda, semua yang mereka perlukan adalah nombor MyKid anda - yang mungkin terdapat di laman web gelap - dan alamat anda, yang biasanya mudah didapati dalam talian. Juga, pertimbangkan bahawa maklumat seperti tarikh lahir atau nama ibu anda sering menjadi jawapan kepada persoalan keselamatan di akaun bank dan kata log masuk penting yang lain.

Sekiranya anda tetap ingin menunjuk-nunjuk dan tetap mahu meletakkan kad anda ke media sosial, amat diharapkan untuk mengaburkan gambar terlebih dahulu.

Posted by
AceCanBeSeven

More

Ulama Teori Konspirasi Bercanggah dengan Dakwah Rasulullah

Ulama Teori Konspirasi dakwahnya bercanggah dengan dakwah Rasulullah. Sering berlindung disebalik Ilmu Eskatologi dan Ilmu Fitan namun kaedah penyampaian mereka tidaklah sama seperti Al Ghazali atau Ibnu Katsir. Eskatologi dan Fitan ada disiplin ilmunya. 



Posted by
AceCanBeSeven

More

Watch Flower of Evil Full Episode

Watch online Drama Flower of Evil South Korean television series. Click Flower Of Evil Streaming. Happy watching.

 

Watch Flower of Evil Full Episode

Posted by
Kerah Lekung

More

Copyright © / Ceritatic Kehidupan

Template by : ceritatic / powered by :blogger