Amaran kepada penerima Vaksin Covid-19 di Malaysia. Jangan Kongsi Kad Vaksin Covid-19 Anda di Media Sosial. Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setiap individu akan menerima Kad Vaksin Covid-19 setelah menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.
Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan Kad Vaksin Covid-19 yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan. Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari.
Jika melihat budaya warganet di Malaysia. Pasti golongan menerima vaksin menyiarkan gambar kad vaksin mereka ke media sosial. Setelah sekian lama menunggu, mereka pasti tidak sabar untuk menunjuk-nunjuk dan meraikan demi mendapat perhatian berkongsi Maka ingin saya nasihatkan kepada orang ramai agar tidak berkongsi gambar post kad vaksin mereka dalam talian, kerana ia akan membawa kepada peningkatan kecurian identiti dan pemalsuan kad vaksin.
Kad-kad tersebut mengandungi maklumat peribadi, termasuk nama lengkap, hari lahir, tarikh vaksinasi serta gambar. Semuanya boleh digunakan oleh penipu untuk membuat Kad Vaksin Covid-19 palsu.
Penipu juga boleh menggunakan maklumat ini untuk membuka kad kredit atas nama anda. Oleh kerana mereka sudah mempunyai nama dan tarikh lahir anda, semua yang mereka perlukan adalah nombor MyKid anda - yang mungkin terdapat di laman web gelap - dan alamat anda, yang biasanya mudah didapati dalam talian. Juga, pertimbangkan bahawa maklumat seperti tarikh lahir atau nama ibu anda sering menjadi jawapan kepada persoalan keselamatan di akaun bank dan kata log masuk penting yang lain.
Sekiranya anda tetap ingin menunjuk-nunjuk dan tetap mahu meletakkan kad anda ke media sosial, amat diharapkan untuk mengaburkan gambar terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment